Salah satu produk pelancongan yang terdapat di Parit 16 Sungai panjang ini adalah program inap desa yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Antara yang dikenali dan berjaya adalah D`Bayu Impian Housestay yang terletak di No.33 Parit 16, Sungai Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Penginapan yang disediakan adalah sangat selesa pada kadar yang berpatutan. Penyewa atau pelanggan akan menikmati suasana kampung dan pemandangan sawah yang menghijau. Jarak antara inap desa ini dengan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Panjang adalah sekitar 1.5 KM sahaja. Jika ada diantara anda yang bertandang ke inap desa ini, kami alu-alukan kunjungan anda ke Pusat Internet 1Malaysia Sungai Panjang. 

 

Selain inap desa, penghasilan kerepek ubi rebus juga merupakan salah satu produk tempatan di Sekitar Sungai Panjang ini. Memandangkan kawasan ini adalah pertanian, maka banyak produk yang dihasilkan berasaskan pertanian. Kerepek ubi rebus ini dihasilkan oleh syarikat Guyup Aslah Enterprise, diperbuat dari bahan seperti ubi kayu, garam, gula dan minyak masak. Ia sesuai dimakan begitu sahaja atau untuk dihidangkan kepada tetamu. Ia merupakan salah satu produk keluaran IKS di sini dan semestinya keluaran 100% bumiputera Islam. 

Dibuat oleh :
Guyup Aslah Enterprise
Alamat perusahaan :
Lorong 2, Tebuk Jaya, Parit 13, Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor
 
 Sabak Bernam terkenal sebagai pengeluar hasil makanan laut kerana kedudukannya di persisir pantai barat semenanjung Malaysia. Tidak ketinggalan juga sebahagian kawasan Sungai Panjang yang terletak di kawasan persisir pantai seperti Sungai Haji Dorani. Sungai Haji Dorani mempunyai sebuah pengkalan untuk menaikkan hasil laut dan menjadi tumpuan bagi peraih-peraih ikan untuk mendapatkan bekalan makanan laut.